Friday, November 20, 2009

FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI INTELEK ANAK-ANAK

Faktor Baka
Baka merupakan salah satu factor yang mudah untuk kita melihat
tahap inteleks kanak-kanak. Misalnya ibubapa yang berasal dari keluarga yang daya intelektualnya tinggi akan menurun pada anaknya. Tetapi factor ini semata-mata juga tidak semestinya bijak dan pandai. Ini bergantung pada kebijaksanaan ibubapa mendidik anak mereka.

Faktor Kesihatan
Kesihatan penting bagi seseorang kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreativiti dan intelektualnya. Tanpa kesihatan yang baik, anak-anak akan murung dan tidak cergas. Kesihatan penting untuk merangsang otaknya, ke arah pemikiran yang mantap dan cepat mempelajari apa yang diajarkan kepada anak.

Faktor Pemakanan
Makanan yang baik untuk anak-anak yang sedang sedang membesar ialah makanan yang mengandungi zat dan vitamin. Anak-anak juga digalakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal pertumbuhan otak yang cergas dan sihat. Sebagai seoarang muslim, ibubapa mestilah sedaya upaya memastikan setiap yang masuk kemulut anak-anak mestilah dijamin halalnya.

Sikap Ibubapa
Jelas di sini persekitaran memainkan peranan dalam meningkatnya prestasi seseorang kanak-kanak. Persekitaran yang baik di sini ialah wujudnya tempat belajar yang selesa, situasi keluarga yang harmoni dan masyarakat sekeliling anak-anak yang baik.

Kaedah Pembelajaran
Ibubapa mengaturkan satu keadaan yang tetap untuk anak-anak belajar dengan betul, bermain dan berolahraga, bermain, rehat dan hiburan yang cukup untuk anak-anak . Aturan ini akan mengelakkan anak-anak menjadi dari menjadi bosan dan terkongkong.

Galakan dan Minat
Galakan yang kuat datangnya dari ibubapa di samping minat yang timbul dengan sendiri dari anak-anak itu, tumpuan sepenuhnya akan dapat diberikan kepada rangsangan-rangsangan tertentu. Minat merupakan perhatian yang berterusan dan cenderung untuk melakukannya terhadap pelajaran, ibubapa tidak akan menghadapi masalah yang berat dan rumit.

BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN SCORE A

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Score A Programme bukanlah dibentuk untuk tujuan perniagaan sahaja. Score A Programme telah dibangunkan semenjak tahun 1999. Pada masa itu, ianya masih lagi di dalam proses R&D namun telah dipasarkan melalui promosi ke sekolah - sekolah. Hanya selepas 7 tahun, Score A Programme telah mencapai kematangan dan telah disenaraikan sebagai satu- satunya produk pendidikan yang diniagakan secara "network marketing". Score A Programme telah diuji dan lebih 90% pelajar- pelajar yang menggunakan Score A Programme telah mendapat straight A's di dalam peperiksaan mereka.

Oleh itu, dengan produk sedemikian rupa keberkesanannya, pihak
syarikat telah membuka peluang dan ruang kepada individu- individu yang berminat untuk menjadi pengedar ataupun agent kepada produk Score A Programme.Sebagai seorang agen Score A Programme, kita boleh menyertainya dengan tiga cara iaitu :

E-bizz
E-partner
E-entrepreneur

Untuk menjadi salah seorang agen yang memperolehi pendapatan yang memuaskan dan juga modal yang mampu dikeluarkan, adalah dicadangkan kepada ahli baru untuk menyertai Score A Programme sebagai e-partner.

Sebagai e-partner, kita akan mendapat 3 akaun perniagaan yang membolehkan pendapatan yang berganda daripada e-bizz. Anda juga boleh membuat pembayaran mealui kad kredit jika tidak mampu untuk mengeluarkan wang tunai. Dengan gerak kerja formula yang telah diatur oleh pihak syarikat, anda mampu mendapatkan kembali wang modal dalam masa sebulan sahaja.

SCORE A PROGRAM YANG SANGAT MURAH

Score A Programme adalah produk pembelajaran secara online yang murah. Jika dibandingkan dengan tuisyen yang mempunyai yuran anggaran RM50 satu subjek tetapi dengan Score A Programme, ianya untuk semua subjek dan untuk maximum 5 orang anak. Pendidikan adalah keperluan untuk 5 juta orang pelajar dan lebih 500 ribu orang pelajar tahun satu. Inilah adalah satu perniagaan "sun-rise business".

Score A Programme telah diiktiraf oleh banyak pihak. Perasmian Score A Programme telah dilakukan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishammudin Bin Tun Hussein. Score A Programme juga telah menjadi produk tajaan kebanyakan menteri-menteri, wakil rakyat, parti politik, agensi kerajaan dan banyak lagi dalam mempertingkatkan taraf pendidikan masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah di kawasan mereka.

Liputan-liputan media arus perdana seperti TV3, Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star dan banyak lagi telah banyak dilakukan mengenai Score A Programme. Antara yang terbaru ialah liputan berita Astro dan akhbar-akhbar utama negara.

Pihak kerajaan juga sentiasa mengukuhkan penguasaan IT di kalangan penduduk- penduduk dengan kempen "Satu rumah satu komputer". Pada 2010 nanti, semua sekolah-sekolah di Malaysia akan dinaiktaraf sebagai sekolah bistari. Pada masa itulah potensi sepenuhnya Score A Programme. Jika berminat, kita boleh bekerjasama di dalam membangunkan perniagaan ini. Inilah perniagaan yang boleh mengubah kualiti hidup kita.

APAKAH SEBENARNYA PROGRAM SCORE A?

Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.


Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program Score A ini menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.


Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tahun satu sehingga tingkatan tiga kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR dan PMR. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.


Pada tahun 2002, Score A telah menlancarkan sistem pembelajarannya di sekolah - sekolah bistari di Malaysia. Sebanyak 14 sekolah-sekolah bistari telah dipilih di seluruh negara untuk menggunakan Score A. Score A telah diberikan secara percuma kepada sekolah - sekolah ini diatas tujuan menguji kerberkesanannya. Projek ini telah mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan sebagai hasil pulangannya, pihak score A mendapat hak mengumpulkan kertas - kertas soalan peperiksaan daripada sekolah - sekolah ini untuk digunakan di dalam sistemnya. Program Score A juga mendapat hak untuk mengumpul kertas- kertas soalan UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil daripada percubaan sistem ke atas sekolah bistari ini selama 3 tahun iaitu daripada 2002 sehingga 2005, 93 % pelajar - pelajar yang menggunakanya telah mendapat pencapaian cemerlang 5A di dalam UPSR dan 8A di dalam PMR iaitu 100% A.


Contoh yang terbaik ialah kejayaan seorang pelajar yang bernama Kok Chin Chung. Pelajar ini adalah merupakan pelajar yang sangat lemah dengan terbuktinya beliau gagal beberapa kertas peperiksaan. Beliau juga menduduki kelompok yang paling bawah ketika di tingkatan satu .Namun begitu, kehadirannya adalah amat cemerlang sekali. Ketika di tingkatan 2, ibubapa beliau telah melanggani program Score A dan beliau menunjukkan kemajuan yang amat memberangsangkan. Semasa di tingkatan 3, beliau sudahpun menjadi pelajar terbaik di dalam kelasnya dan berjaya memperolehi keputusan yang baik didalam peperiksaannya. Hasil daripada usahanya bersama Score A, beliau telah berjaya mendapat 8A di dalam peperiksaan PMR. Kejayaan Kok Chin Chung adalah salah satu bukti keberkesanan program Score A terhadap pelajar-pelajar di Malaysia.


Score A telah dipasarkan sejak pelancarannya pada tahun 2002 diperingkat permulaan tetapi secara kecil-kecilan kerana pada masa yang sama Score A juga diperingkat ujian. Akhirnya pada tahun 2006, Score A telah dipasarkan secara meluas setelah mendapat keputusan yang amat cemerlang di dalam tempoh ujikajinya. Pada Mac 2006, Score A telah dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein. Pihak kerajan telah mengiktiraf Program Score A sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar- pelajar di Malaysia.


Pada bulan April 2006, Score A telah memulakan konsep jaringan pemasaran agar lebih ramai masyarakat dapat menyedari kewujudan produk pembelajaran yang begitu hebat kepada anak - anak mereka. Di samping itu, Score A juga memberi ruang ke arah peningkatan ekonomi dengan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai program pemasaran Score A sehingga berpeluang memperolehi pendapatan sebanyak RM90 ribu dalam masa 3 bulan menyertainya. Sampaikanlah kebaikan dan kepentingan Program Score A demi agama, bangsa dan negara!

SCORE A PENDIDIKAN ALTERNATIF MELALUI INTERNET

Petikan daripada Utusan Malaysia, 17 Nov 06)
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

TANYALAH kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, adakah mereka puas hati dengan pencapaian anak mereka atau sebaliknya. Tambah memeningkan, ada di kalangan anak-anak yang menipu ibu bapa dengan mengatakan mereka ke pusat tuisyen namun hakikatnya mereka menuju ke kafe Internet untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan.

Wang yang dikeluarkan mencecah ratusan ringgit, malah ada juga yang mencecah hingga ribuan ringgit, namun adakah memadai dengan nilai gred yang dibawa pulang oleh anak-anak.
Bukan mudah bagi para ibu bapa untuk memantau pergerakan anak- anak, tambah lagi di zaman sains dan teknologi ini.

Anak-anak kini lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan minat mereka lebih cenderung untuk mempelajari ilmu teknologi maklumat (IT) berbanding kaedah konvensional.
Justeru, kaedah pembelajaran perlulah berjalan seiring dengan perkembangan IT. Pemupukan minat untuk menambah ilmu perlu disemai mengikut cara yang digemari anak-anak iaitu menerusi komputer.

Penasihat portal pendidikan Score A, Sazarina Mohd Sapian berkata, masalah gejala sosial di kalangan kanak-kanak dan remaja kini semakin berleluasa akibat terlalu banyak pengaruh negatif dari luar.

“Bayangkan anak-anak kita bersekolah biasa pada waktu pagi, kemudian ke sekolah agama, selepas itu ke pusat tuisyen. Tentunya masa untuk kita awasi anak-anak terbatas dan masa mereka lebih banyak di luar rumah yang mana pengaruh negatif ada di mana-mana,’’ ujarnya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Sazarina berkata, kanak-kanak dan remaja kini semakin bijak dan lebih pandai berbanding kanak-kanak pada zaman terdahulu. Justeru, sebagai ibu bapa kita harus meminimumkan masa anak-anak di luar rumah agar ibu bapa mempunyai masa yang lebih untuk memantau pergerakan anak-anak.

“Salah satu caranya ialah dengan menggalakkan anak-anak untuk melakukan latih tubi menerusi portal di Internet,’’ ujar pemegang ijazah dalam Pengurusan Operasi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Menurut Sazarina, program Score A ini bukanlah pengganti kelas atau guru, namun ia lebih bersifat pelengkap input pembelajaran.

“Seperti kelas tuisyen yang banyak menyediakan latih tubi, portal pendidikan Score A ini memberikan lebih manfaat, pada masa yang sama ibu bapa juga dapat memantau prestasi anak-anak menerusi e-kad laporan yang disediakan,’’ jelasnya.

Selain e-kad laporan, ibu bapa yang berada di luar rumah juga boleh melanggan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan keputusan anak-anak, markah serta masa yang diambil untuk menyelesaikan satu set soalan peperiksaan.

Sazarina berkata, ibu bapa tidak perlu khuatir dengan piawaian dan sukatan pembelajaran yang disediakan dalam portal ini kerana ia digubal di bawah pengawasan dari Kementerian Pelajaran.
Menurutnya, soalan latih tubi yang terdapat dalam portal ini digubal oleh 64 orang guru-guru dari sekolah bestari di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga tidak perlu susah-susah mendapatkan soalan peperiksaan tahun lalu kerana semuanya terkandung di dalam portal ini.

“Soalan latihan bermula dari kanak-kanak tahun satu hingga tingkatan lima. Satu portal boleh digunakan oleh abang, kakak dan adik menerusi jadual yang telah disusun oleh ibu bapa. Kaedah pembelajaran ini ternyata lebih menjimatkan dan efektif,’’ katanya.

“Dengan mengikuti program Score A ini, kita dapat menyahut seruan kerajaan bagi kempen satu komputer untuk satu rumah. Secara tidak langsung, anak-anak menjadi celik IT dan mempunyai asas komputer yang memudahkan mereka untuk memperoleh pekerjaan kelak,’’ jelasnya lagi.